Saturday, March 20, 2010

Matlamat Penubuhan IATA

Penubuhan dan matlamat Madrasah ini diadakan di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan Para Hafiz khasnya di negeri ini dan seluruh negara amnya. Kewujudan INSTITUT AKADEMIK TAHFIZ Al-ITQAN’ ini tepat pada masanya memandangkan hanya terdapat beberapa buah Institut Tahfiz sahaja di seluruh negara dengan bilangan pelajar yang terhad. Institut ini sudah pasti dapat membantu kepada perkembangan penghafalan dan penghayatan Al-Quran disamping menjadi wadah pendidikan, tarbiah dan kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Institut tahfiz ini juga akan dapat mencapai matlamat seperti berikut :

1. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.

2. Menanamkan kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW keseluruh permukaan alam.

3. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

4. Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga akan menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar-pelajar bahawasanya hanya dengan amalan agama sahaja dapat membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.

5 Melatih pelajar-pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu-bapa, dan masyarakat apabila tamat pengajian kelak.

No comments:

Post a Comment