Saturday, March 20, 2010

Kemudahan Yang Disediakan Di IATA

Asrama penuh disediakan dengan kadar yuran yang berpatutan. IATA memperkenalkan satu teknik dan rahsia penghafalan yang mudah, pantas dan praktikal. Melalui teknik ini, pelajar boleh menghafal dalam masa 18 bulan. Di samping pelajaran tahfiz sepenuh masa, IATA juga menawarkan beberapa pelajaran penting dan menarik. Antaranya:

1. Pelajaran Fardhu Ain
2. Tajwid Wal Qiraat
3. Peradaban dan Sunnah
4. Terjemahan Al-Quran
5. Hadith dan Sirah Nabi
6. Matematik
7. Bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab)

Pendaftaran Bagi Kemasukan Pelajar Sesi Mac 2010

Pendaftaran telah pun di buka. Syarat-syarat bagi kemasukan pelajar adalah seperti berikut:

1. Pelajar berumur antara 12 hingga 18 tahun
2. Lulus UPSR, PMR atau lepasan SPM
3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik
4. Berminat untuk menghafal 30 Juzuk Al-Quran
5. Lulus temuduga yang telah di tetapkan

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi:

Ustaz Mohd Sharif : 012-3524420
Ustaz Razi : 013-2032873

Atau kunjungi terus IATA seperti alamat berikut:

INSTITUT AKADEMIK TAHFIZ AL-ITQAN
LOT 17, NO 2A, JALAN LIMAU TAMBUN,
KU 10, TAMAN KIAYI RIDZUAN,
MERU, 41050, KLANG, SELANGOR

Matlamat Penubuhan IATA

Penubuhan dan matlamat Madrasah ini diadakan di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan Para Hafiz khasnya di negeri ini dan seluruh negara amnya. Kewujudan INSTITUT AKADEMIK TAHFIZ Al-ITQAN’ ini tepat pada masanya memandangkan hanya terdapat beberapa buah Institut Tahfiz sahaja di seluruh negara dengan bilangan pelajar yang terhad. Institut ini sudah pasti dapat membantu kepada perkembangan penghafalan dan penghayatan Al-Quran disamping menjadi wadah pendidikan, tarbiah dan kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Institut tahfiz ini juga akan dapat mencapai matlamat seperti berikut :

1. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.

2. Menanamkan kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW keseluruh permukaan alam.

3. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

4. Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga akan menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar-pelajar bahawasanya hanya dengan amalan agama sahaja dapat membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.

5 Melatih pelajar-pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu-bapa, dan masyarakat apabila tamat pengajian kelak.

Salam Pembukaan

Assalamualaikum

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Besar Muhammad S.A.W. Alhamdulillah buat julung kalinya Al-Itqan dapat membuka satu blog khas bagi mempromosikan Institut Akademik Tahfiz Al-Itqan (IATA). Untuk pengatahuan para pembaca, Al-Itqan merupakan kesinambungan daripada penubuhan Maahad Tahfiz Ummul Qura', Sabak Bernam, Selangor dan Pusat Rawatan Darul Islah, Sungai Tengar, Selangor. IATA juga merupakan cawangan Maahad Tahfiz Ummul Qura' (MTUQ) yang telah ditubuhkan semenjak Tahun 1997. Bermula dengan jumlah pelajar seramai 4 orang dan sehingga kini mempunyai lebih 200 orang pelajar, MTUQ telah mengorak langkah dengan membuka cawangannya yang baru iaitu IATA yang terletak di pekan Meru, Klang, Selangor. Pembukaan cawangan yang baru ini adalah bertujuan bagi memperluaskan lagi pengajian Tahfiz Al-Quran dan bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Dengan pembukaan cawangan MTUQ yang baru ini, di harapkan pengajian Tahfiz Al-Quran ini akan lebih dapat di perluaskan dan memberi peluaang kepada anak-anak di sekitar daerah Klang untuk mengambil bahagian dalam pengajian Tahfiz ini.